Saturday, August 29, 2009

52 KEMERDEKAAN.

Tinggal beberapa jam lagi dari sekarang,negara kita Malaysia yang
tercinta akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 dan kita sebagai
rakyat malaysia merasa bangga kerana sejak merdeka lagi sampai
sekarang banyak pembangunan dan kekayaan negara yang selama ini
hak milik kita banyak dirasai oleh semua bangsa di negara kita dan
negara malaysia yang banyak mempunyai sejarahnya sendiri apabila
bermacam-macam tragedi yang berlaku ketika negara kita mahu mencapai
kemerdekaan dari pihak British sehinggalah ke hari ini.
Setiap kali negara kita mahu menyambut kemerdekaan maka bermacam
-macam acara dan program yang dilakukan untuk menyemarakkan lagi
semangat rakyat terhadap hari yang bersejarah ini dan banyaklah
perbelanjaan dibuat untuk menyerikan lagi setiap program yang diatur
demi untuk generasi hari ini.Apa yang sebenarnya kemerdekaan itu?
Apakah kita sudah merasa puashati terhadap dasar kerajaan yang
memerintah selama ini memberi kejayaan dan kesejahteraan pada
rakyat malaysia.Hakikatnya ini belum bebas lagi dari cengkaman penjajah
dan juga kekuasaan kerajaan yang memerintah.
Selepas zaman Tun Madey lagi banyak sangat perubahan yang dilakukan
oleh beliau dengan dasar yang tidak menyebelahi rakyat.Daripada isu
perlembagaan negara itu sendiri yang banyak berubah dengan menekan
kepada aspek ugut dan menang yang dilakukan oleh pemerintah demi
untuk mencapai survival politik mereka.Dalan rukunegara prinsip kesetian
pada raja adalah perlu namun telah diubah dengan menjadikan kuasa raja
berkurang akibat raja melebihi kuasa dari seorang Perdana Menteri dan
patut diubah walau dengan apa cara sekalipun.Kuasa Raja tidak mampu
untuk mengawal kerajaan yang memerintah walaupun segala kaedah dan
cara itu banyak mendatangkan masalah pada rakyat.
Prinsip Keluhuran Perlembagaan itu sendiri patut di amanahkan agar
mengikut lunas-lunas yang sah dan tidak boleh diubah-ubah untuk
kepentingan semata-mata.Kebebasan rakyat dalam segala hak patut
diangkat dan diperkasakan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Kebebasan rakyat untuk bersuara,kebebasan akhbar,hak rakyat untuk
berhimpun secara aman patut di perkuatkan mengikut perlembagaan yang
telah diluluskan sejak dulu lagi.Hak rakyat mesti diutamakan dengan nilai
yang murni agar kesejahteraan bangsa di negara Malaysia makmur dan aman
damai dan kerajaan hari ini tidak dapat tidak menghalang kehendak rakyat
mengikut keluhuran Perlembagaan yang termaktub itu.Rakyat berhak
untuk mengatakan protes apa yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah
jika ada yang tidak betul yang dilakukan dan pihak yang berwajib seperti
agensi penguatkuasaan mesti memberi kerjasama yang baik dan telus
dan bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu untuk tujuan
menghalang kehendak rakyat seperti yang ditulis dalam perlembagaan itu
sendiri.
Generasi hari ini mesti melihat pada sejarah.Sejarah bagaimana pejuang
dahulu yang sanggup mati demi agama dan tanahair yang tercinta yang
sanggup melakukan apa saja agar generasi hari ini akan melihat pengertian
kemerdekaan itu sendiri.Bebas dari penjajah dan hari ini masih lagi kita
menjalankan dasar yang ditinggal oleh kuasa penjajah walaupun kita
sudah merdeka namun kita tidak pernah untuk memikirkannya disebabkan
arus perubahan masa yang cepat dan juga kepentingan pihak yang tidak
bertanggunjawab mahu melihat kemusnahan bangsa dan rakyat itu sendiri.
Terbukti dan dapat dilihat hari ini dengan masalah sosial yang tidak
dapat ditangani walaupun sudah banyak wang ringgit yang dibelanjakan
namun ia terus gagal dan mejadi gajah putih saja.
Terlalu banyak masalah yang timbul akibat daripada kerajaan pemerintah
yang membuat tindakan yang melanggari hak dalam perlembagaan yang
tidak dapat diterima oleh rakyat sepenuhnya dengan soal dalam sistem
kehakimkan yang lemah dan tidak bermaruah dengan hakim-hakim yang
boleh dijual beli dan juga masalah moral yang teruk dan juga masalah
rasuah yang semakin menjadi-jadi.Rakyat ditekan dan rakyat yang lemah
di tindas dengan segala hukuman dan diheret kemahkamah tanpa ada
pendakwaan yang lengkap jika dibandingkan dengan pemimpin yang
berkuasa yang mempunyai kuasa lebih tinggi dari kuasa mahkamah maka
inilah yang berlaku seperti undang-undang rimba yang hanya berpihak pada
yang berkuasa dan berharta sahaja.
Lihat lah pada dunia kita hari ini,terlalu sempit untuk membuat sesuatu
yang diluar batasan dan kemampuan kita namum kita kena berusaha untuk
menghapuskan sistem dan dasar pemerintah yang zalim serta melanggari
batas-batas hak rakyat dan kebangkitan akan menonjol mengikut kehendak
rakyat yang bencikan penindasan.

Wednesday, August 26, 2009

Rumah dah lama kosong.

Hai lama jugak ambe tak isi blog ni......bukan ape sekarang ni kepala ade bercelaru
cikit.....teringat jugak kat member yang jauh.....mintak semua sihat belaka....sempena
bulan puasa yang baru je bermula harap-harap janganlah membazir dengan hidangan
makanan tu.....nafsu makan kne jaga takut duit yang dibelanja tak dapat nak bli baju
raya terutama untuk keluarga.....jimat dengan keadaan sekarang ni yang semakin
kering...kering segalanya sebab puasa....tekak lagi kering.....
Lama tak isikan dengan menu-menu sebab banyak tumpu pada agenda masa depan..
peluang bisness jangan diabaikan....masa untuk bergerak kedepan bukan toleh
kebelakang....kejayaan tetap menanti kita apabila kita mencuba....
Kepada geng-geng semua.....kawan tetap kawan dan tidak kita lupakan akan
semuanya....yang jauh baik yang dekat kita semua bersaudara seagama dan
dek kerana masa kita ketemu lagi.....
Sempena bulan yang mubarak ini diharap agar kebaikan melindungi kita semua
dari segala dosa-dosa...yang pasti bulan yang mulia ini saya mengambil
kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka pada kawan
kawan semua....jadikanlah tahun ini yang terbaik untuk kita dan juga tahun selepasnya.
Alhamdulillah.....salam semua...