Thursday, September 17, 2009

Hangat...menyeramkan....

Baru-baru ni aku ada terbaca kisah seorang rakyat malaysia yang dijatuhi hukuman sebat 6 rotan atas alasan minum arak di Legend Crating Kuantan dan hukuman ini ditangguhkan selepas hari raya selepas mendapat bantahan dari PM dan juga arahan dari peguam negara.Maka ramailah cerdik pandai yang membantah penangguhan tersebut dan ada juga yang mahu hukuman itu dibatalkan atas alasan melanggar hak asasi manusia.Bagi aku hukuman itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa yang diputuskan oleh hakim dan pendakwa adalah keputusan yang tepat.Bagi Kartika beliau tidak mahu membuat rayuan atas kesalahan ini dan tindakan berani beliau mahu hukuman dijalankan segera membuktikan beliau sedar akibat perbuatannya.Maka hukuman dijalankan selepas hari raya nanti bagi menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.Inilah apa yang berlaku di negeri Pahang DarulMakmur yang dikuasai oleh Umno Bn yang menolak hukuman tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Terbaru 2 pasangan ditangkap dalam kereta oleh pejabat agama selangor kerana melakukan sumbang mahram dan ditangkap kemudian didenda 5 ribu setiap orang dan sebat jika sabit kesalahan.Katanya pasangan ini akan bertunang selepas raya dan melihat pada apa yang berlaku hari ini bahawa mahkamah Syariah mesti diberi kekuatan untuk menjalankan urusan tanpa ada campurtangan mana-mana pihak.Pasangan ini telah dibenarkan jamin dan andaikata mereka bersalah maka hukuman sebat akan dijalankan juga kecuali mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.Senangnya manusia hari ini dengan mengambil jalan mudah sedangkan hari ini banyak kes tangkapan hanya dibenarkan jamin tapi tiada hukuman sebat dan penghujungnya digalakkan berkahwin.
Kadang-kadang bagus jugak....biar manusia sedar dan rasa takut pada Allah dan buatlah dengan yang terbaik dan bukan ikut nafsu semata-mata.Apa pun selepas ni tiada lah pasangan yang berani melakukan perkara yang terkutuk ini....inilah apa yang berlaku dalam kes buang anak,anak luar nikah....takutnya generasi akan hancur nanti....

No comments:

Post a Comment