Thursday, March 26, 2009

SYAITAN DAN HIDUNG.

Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda,apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur,maka hendaklah dia memasukkan air kedalam hidungnya dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan telah tidur dalam rongga hidungnya ketika kita tidur.
Kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa pun tetapi sekadar peringatan kepada saudara-saudara ku agar mengambil tahu tentang betapa pentingnya hidung kita ini yang telah di kurniakan oleh ilahi.
Seperti juga bunga yang akan berkembang jika disirami air maka hidung kita jika disirami dengan air ia akan berkembang megah bila di puji...ye ke dok..Bila kita menanggis kekadang hidung kita pun tumpang menanggis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah orang yang jatuh cinta pun terpesona kerana dik hidung.
Tahukan anda bahawa hidung kita adalah salah satu anggota yang amat tersangat-sangat di sukai oleh syaitan dan masa yang sesuai untuk di kunjungi syaitan adalah semasa kita tidur.Ketika itu syaitan-syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak di ketahui kenapa syaitan ini suka sangat duduk dalam lubang hidung tapi sebenarnya ia boleh mengganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkan lubang hidung kita sebaik sahaja bangun dari tidur adalah salah satu amalan yang di lakukan oleh Rasullullah selain kita bersugi.Cuba bayangkan apabila syaitan membuat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin(macam-macam ada)Oleh itu membersihkan lubang hidung sebaik saja bangun dari tdo memang digalakkan.Cara nak membersihkan lubang hidung hendaklah berselawat dan gunakan jari yang kecil dan bersihkan perlahan-lahan dan jangan menggunakkan jari yang besar atau sebarang objek takut hidung kita tercedera atau bulu hidung akan tertanggal dan boleh jadi jugak lubang hidung akan menjadi lebih luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun boleh jugak tapi janganlah banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu,boleh lemas nanti susah.
Setakat ini tiada seoarng pun yang sanggup membuat CPR melalui lubang hidung.Bukan apa kalau teringat sama-sama kita mengamalkannya sebab melalui hidung kita lah dapat menyedut udara pemberian Allah ini dan dapat menghidu bau syurga.(bergantung pada amalan masing-masing).Akhir kata....`walaupun diri mu tidak ku kenali..tapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hati ku"

Sekian entry sembang2 tengah malam.

Tuesday, March 24, 2009

Kesunyian malam.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Terasa perut aku lapar.Aku pun mencapai kunci motosikal dan terus memecut laju menuju ke kedai member aku bersebelahan stesen minyak caltex.Dari rumah lagi aku dah berniat nak makan mee rebus yang menjadi kesukaan sejak dulu lagi...bukan kerana tidak makan nasi tapi kadang2 aku kurangkan makan makanan tu jadi sampai di kedai aku terus buat order....maka sampailah mee rebus special dengan secawan tea o....makan bukan main kepalang lagi dengan pedas dan air yang panas....habis tubuh ku berpeluh....
Lepas makan aku tak tahu kemana selepas ini....jadi aku terus memecut ke sekitar bandar dan dengan perlahan-lahan aku menyusul di kawasan benteng(tepian sungai)...alamakk...ramainya orang sedang memancing....ketika itu air sedang menyusul pasang...dengan kelibat-kelibat manusia...ada yang bawa anak2,ada yang sedang cauple,ada yang melihat gelagat pemancing2 dan terpandang aku kelibat 2 orang tua yang sudah berumur(60an)sedang melabuhkan pancingnya.Aku menghampiri orang tua itu dan alangkah terkejutnya apa yang aku nampak rupanya sepasang suami isteri...
Apa lagi...aku sembang2 dan dalam hati kecil aku...inilah hebatnya cinta kasih sayang orang tua-tua zaman dahulu...setia sampai ke hujung hayat.Bagi aku orang tua ini hanya menghabiskan zaman tuanya untuk isterinya...mungkin juga anak2 mereka duduk berjauhan....agaknya dekat rumah rasa kesunyian jadi mereka ini mencari hiburan dengan membawa isterinya memancing.
Dalam bercerita dengan orang tua ini maka keluarlah cerita dari mereka bagaimana bezanya suasana hari ini dalam soal hidup suami isteri dahulu dengan zaman sekarang...aku diam dan mendengar saja celoteh mereka.Bagi aku betul kata mereka bahawa dulu dan sekarang dah banyak berubah tapi tidak semua apa yang berlaku itu tapi hanya segelintir sahaja.Dalam celoteh tu umpan yang dipancing belum mengena lagi...agak nya bila ikan ni nak makan....dalam hati....ikan mana nampak umpan malam2 ke...
Bercerita dan bersambung dari celoteh orang tua tadi mereka berpesan pada orang2 muda termasuk saya bagaimana kita nak menjadi seperti pakcik dan makcik dalam soal hidup suami isteri.Katanya..dalam soal perkahwinan,makna perkahwinan tu yang sangat penting tapi orang zaman sekarang tidak pernah ambil tahu tapi tak semua bergitu jadi orang zaman sekarang banyak mengambil jalan mudah saja soal nikah kahwin ni.Sebab itu dalam akhbar,tv dan majalah banyak sangat kedengaran hal2 macam ni....aku diam saja ...aku tak berani nak komen sebab mereka dah lama hidup dalam asam garam kahwin ni.
Banyaklah cerita2 yang timbul jika soal kahwin ini macam suka2 je sedangkan zuriat yang lahir dah jadi lintang pukang...tengok apa yang berlaku di sana sini....mana nak letak nilai orang melayu kita sampai buang anak,bunuh anak dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa dan tidak takut pada hukum2 Allah....aku syok juga dengar....diam jugak...
Dalam sembang2 tu tiba2 pancing pakcik macam sudah kena....apa lagi makcik tu pun macam suka je...ditarik pancing pakcik tu bukan main kuat lagi...dalam hati...agak2 ikan besar kot..aku jadi tambah syok pulak bila lihat pancing tu dah mengena...Alamakkk bila dah berjaya pancing nak naik kedaratan...aku lihat sekor ikan sembilang yang beratnya ada lebih kurang 2 kilo melekat pada pancing pakcik tu...seronok bukan main lagi mereka...apenya dalam sembang2 pasal kahwin,dah kena ikan sembilang....nampaknya razeki malam ni tak sia-sia la.Jam dah pukul 12.35 malam....pakcik dan makcik pun berkemas nak bawak ikan sembilang balik rumah...tanya aku pada mereka...ikan ni masak ape?jawab mereka ikan ni jika masak kari lagi baik.....aku pun angkat kaki bersama mereka berdua dan ucapkan salam sebelum aku balik rumah....
TEMAN SEJATI.

Selama ini..
Ku mencari-cari..
Teman yang sejati..
Buat menemani..
Perjuangan yang suci..

Bersyukur kita..
Pada ilahi
Teman yang ku cari..
Selama ini telah ku temui.

Dengannya di sisi..
Perjuangan ini..
Senang di harungi..
Bertambah murni kasih ilahi..

Kepada Mu Allah..
Ku panjatkan doa..
Agar berkekalan kasih sayang kita..

Kepada Mu teman..
Ku pohon pengorbanan..
Dan kesetian..

Telah ku ungkapkan..
segalanya...
Kekasih gelapku.

ku mencintaiMu...
lebih dari apa pun...
meskipun kau hanya kekasih gelapku..
Ku mencintaiMu..
sedalam-dalam hati ku...
yakinlah bahawa Kau adalah cinta ku..
yang ku cari selama ini..
dalam hidupku..
Dan..
hanya pada Mu..
ku berikan sisa cinta ku..
yang panjang dalam hidup ku..

Saturday, March 14, 2009

sayu......

Sebak dan sayu.........itulah hakikat yang aku lalui ketika menunaikan sholat jumaat di masjid jamek....ketika kaki ku melangkah masuk ke dalam masjid terasa hati ku sebak dan pilu....belum pernah terjadi dalam hidupku....mengapa..mengapa....ini berlaku....aku merasakan seolah-olah Tuhan membuka pintu hatiku dan memberi semangat dalam menempuh liku-liku kehidupan yang akan di lalui entah bila penghujungnya.....selepas sholat aku beristifar dan memuji namu Mu Ya Allah atas kebesaran dan nikmat yang Kau berikan padaku....
Apakah aku akan meninggalkan keluargaku,sahabatku dan juga dunia yang penuh dengan kepalsuan belaka...aku menghisab diri ku Ya Allah..kepadaMu aku berserah atas segala hidupku dari mula ku kenal dunia ini.....aku sungguh sedih kerana terpaksa melakukan yang terbaik untuk diriku...Aku tahu aku hanyalah insan yang lemah....tiada kekuatan untuk aku menghalang dari melakukan perbuatan yang keji.....
Selama ini aku tahu...apa yang aku lakukan adalah dari naluri hati kecil aku sendiri dan tiada paksaan untuk aku melakukan yang terbaik....jiwa dan martabatku hanyalah untuk Mu Ya Allah....demi islam yang sebenarnya...aku akan terus begini selamanya hingga akhir hayatku dan harapanku agar generasiku yang akan datang akan mengambil iktibar atas apa yang aku lakukan untuk agama dan negaraku.....
Aku secara tiba2 mengeluarkan air mata yang sememangnya aku tidak mengharapkan namun aku pasti ia adalah air mata keinsafan yang pilu dan hiba......aku benar2 sedih dan takut...adakah hidup ku ini akan diterima oleh NYA....aku perlukan petunjuk dari Mu Ya Allah...Berkati lah hidupku...Tenangkan jiwa ku....Berikanlah kekuatan untuk menghadapi hidup ini.......Ya Allah...Ya Allah......Kepada Mu aku berserah......Amim...

Monday, March 9, 2009

TIKET HABIS!!!!!

Isnin,aku nak balik ke kemaman.Aku tak pasti samaada tiket hari tu ada ke tidak......aku pergi ke kaunter tiket.......aku bertanya pada awek melayu yang jaga kaunter......alamak tiket dah habis,kelam kabut aku,beg besar dah sarat dengan baju busuk ni macam mane????
Aku tanya semua kaunter yang menjual tiket ke kemaman.....semua habis....aku lagi jadi kelam kabut sebab aku terpaksa balik jugak sebab esoknya aku akan hadir temuduga PTK di Pejabat Daerah Kemaman.........aku jadi lemah semangat.....tapi aku cuba call mber aku kat kemaman yang jual tiket bas......dia suruh aku cari drebar bas yang nak ke kemaman.....counting gan drebar.....
Pukul 4.30 pm bas yang menuju ke kemaman sampai ke pudu.....aku pun terus caunting dengan drebar bas.....berjaya jugak aku balik kemaman tapi tiada tiket........bagi ke drebar je duit tambang tapi tempat duduk tiada jadi kenalah duduk sebelah drebar.......kononnya jadi pembantu drebar......wakakaaa...
sampai kemaman pukul 10 malam,singgah di gambang makan.....hujan lebat pulak sepanjang jalan.....jalan pulak jem dari arah kuantan menuju ke kuala lumpur...........8 km jem tapi bas aku tidak jem sebab aku dari arah kuala lumpur.

Sunday, March 8, 2009

sahabat ku.

Tengahari aku bertolak ke sogo.jam menunjukkan pukul 12.58 tengahari hari sabtu.Pagi sabtu dah sampai ke kuala lumpur.Ingatkan nak maklumkan pada sahabat ku si Ain tu tapi ble-ble fikir nanti kacau dia pulak.Sebelum ni pun aku dah sms tapi Ain tu memang budak pemalu dan pendiam cikit........kadang-kadang aku ni kesian jugak pasal apa Ain ni ada masalah dengan kakak dia tapi lama-lama barulah aku faham......agaknya macam tu lah bila duduk sebumbung dengan kakak yang kerje pun di tempat yang sama.
Tapi bagi aku tak nak menyebelahi mana2 pihak nanti aku harap mereka akan berbaik semula dan tiada masam muka lagi.Memang aku dah agak Ain ni memang budak tidak suka cakap banyak tapi soal kerja memang Ain utamakan dulu.Duduk kuala lumpur macam tu la,ble dah balik dari kerja,Ain ni terus je kebilik dengan laptopnya.Ain tulis pe je yang berlaku dan seorang penulis novel kena kerja kuat sikit kan....
Bila aku berada di kuala lumpur,tak sempat nak belanja goreng pisang kat Ain.....lagipun saudara dia datang rumah,jadi taknak ganggu,maklumlah hari tu cuti panjang....maulidur Rasul.
Apa pun terimakasih pada Ain sebab susah payah nak tolong aku buat blog ni.....suka tolong maaa......cuma aku risau apa ending akan terjadi antara Ain dan kakaknya tapi janganlah sampai nak bawa diri pulak.
Apa pun aku nak mintak Ain tolong ajarkan aku bagaimana nak masukkan gambar dari pendraf aku ke dalam blog ini..dah tak ingat.....lupeee....