Saturday, February 5, 2011

Sembang-sembang..

Sabtu..jam telah menunjukkan pukul 5.58 petang..sekarang aku berada di rumah nenek yang juga tempat ibubapa ku berniaga warung kecil-kecilan..ketika ini aku menjaga 2 orang anak sedara ku yang berumur 9 dan 7 tahun...terpaksalah aku melayan karenah mereka semua..tapi apa yang aku rasa hari ini sungguh berbaloi memandangkan sudah sekian lama aku tidak memancing maklumlah ombak masih lagi kedengaran dan laut dalam keadaan bergelora.
hari ini juga memberi aku makna kebenaran yang sebenarnya..aku melihat semakin hari semakin sukar untuk aku melalui kehidupan yang penuh onak dan duri takkala orang lain
masih menagih rindu dan simpati yang teramat sangat.Apakah ini dugaan hidup ku atau
balasan terhadap kesilapan yang ku lakukan selama ini.
Aku sedar usia ku semakin meningkat tapi jiwa ku belum pasti akan tenang...aku merasakan
seolah-olah aku dihimpit kerinduan tapi ...entahlah..adakah itu hanya nyanyian mimpi semata-mata..keluh resah...diam membisu seribu persoalan...aaaaaaaaaaaa aku mohon
simpati dari Mu Ya Allah....Berikanlah aku kekuatan untuk hadapi segalanya..aku tidak mampu untuk mengharunginya...aku dalam kebingungan...seribu bahasa aku membisu...tolonglah Ya Allah...aku mohon restu Mu...
Tahun 2011.


Sudah lama tidak update blog yang tidak seberapa ini tapi bukan kerana
tiada isu tapi malas nak gunakan jejari ini maklumlah kerna dek masa
yang begitu pantas berlalu.lama nya bukan kepalang dan dipenuhi dengan
sesawang dan juga cerita lapuk yang tak tenggellam zaman..heeeee...tapi
inilah masa yang ada untuk mengakses semula agenda yang sekian lama
tiada kesudahan.

Saturday, September 11, 2010

SYAWAL Datang Lagi.

Dah lama x posting blog aku ni..kira-kira dekat 2 tahun..maklumlah sibok memanjang entah apa yang aku buat pun tak tau tapi syukur juga sebab posting yang aku buat ni jatuh pada 2 syawal dimana raya ni memang raya sakan..macam-macam program makan..makan..x abis-abis dengan makan..tapi apakan daya mulut punyer hal terpaksa aku turutkan juga..

Friday, September 25, 2009

Syawal berlalu pergi..
Pose sebulan...raye pun sebulan...


Pejam celik pejam celik raya pun dah sampe ari ke tujuh....bagi kanak-kanak raye ni banyok etinya...maklumlah baju baru...serba serbi balu....bab kata seme balu....kete je kete lama....
tapi tahun ni malang nye nasib ku...raye tak kemane.....kononnya nak buat bisness...duit sme
dan habis....kena tipu pulak oleh member2....masa senang bagi ku ramai kawan tapi ble aku
susah...kawan pun cabut lari...

Ingat tahun ni aku nak beraya kat langkawi tapi nasib ku tak baik sebab sebuah kereta perdana
yang member gantung dicuri oleh pemiliknya...rupanya gantung atas gantung..itupun sebab
member nak pakai duit....bagilah aku 5 ribu tanpa ada usul periksa....ingat dan percaya pada member
inilah padahnya....mulut bukan main manis lagi...tapi ble dah dapat seme hancurr....tak dapat di
kesan.

Sakitnya ati bukan kepalang...duit hasil penat lelah pulak tu...nak kumpul bukan senang....sedih,marah,
geram seme ada tapi masih nak bantu mber jugak tapi yang lain plok....bukak bisness bengkel kete
pun kene kencing.....lagi parah....toke pun kne tpu....bab kata tahun ni sme jem...satu pengajaran
buat aku berhati-hati.....inilah akibat aku terlallluuuu kesian kat orang tapi orang tak kesian pun
kat akuuu....bagi aku bawak lah hasil yang haram tuuu....tak selamat jugak....nanti di Akhirat kita
jupe.....macam-macam dalam dunia ni...

Friday, September 18, 2009

SAAT HARI RAYA....

Betapa sibuknya ketika ini dalam keadaan nak sambut hari raya...dijalanraya bersusun-susun dengan kenderaan..mat moto..bas masing-masing nak menuju kedestinasinya maka berlumba-lumba lah mengejar masa untuk sampai tapi kena berhati-hati jugak sebab ops sikap kali ini angka korban jalanraya naik mendadak..tiada perubahan jugak macam tahun yang sudah-sudah..ini yang pening kepala tidak abis dengan kemalangan dan sikap pemandu punca segalanya apa yang berlaku.
Itu dijalanraya...sekarang ni dipasar-pasar berduyun-duyun dengan orang ramai membeli belah untuk hari terakhir,bermacam-macam ragam dan karenah penjual dan pembeli bab kata memang untung besar bagi penjual sebab harga pun melambung naik jika dibandingkan dengan hari biasa...ayam dan daging tak terkejar nak disembelih..betapa sukenya riak muka para penjual hari ini.
Yang menjual sayuran pula...pengguna membeli dengan kuantiti yang banyak sebab cuti raya ni tiada penjual sayur jadi membuat stok takut-takut raya ni nasi jugak yang dicari.Diperhatikan keadaan dipasar memang sibuk..ingatkan jalanraya yang sibuk bahkan dipasar lagi sibuk dengan parking tak cukup...penjual ikan pula tak kering gusi bila ikan yang dijual laris macam goreng pisang panas...semua jenis ikan tapi ikan selayang dan tongkol memang laku sebab nak dijadikan lauk nasi dagang dan laksa....
Bab kata hari last puasa ni semuanya nampak bergembira dan belanja sakan walaupun ada orang kata ekonomi tak berapa stabil tapi kuasa beli besar tapi tengoklah nanti selepas raya pasti ada yang termenung sebab budget dah kurang...ikat perut la jawabnya..
Pusat beli belah pun sama jugak..nak jalan bukan main payah lagi dengan semua kedai menjual baju raya penuh dengan pembeli..maklumlah semua yang turun adalah dari luar bandar ...dalam hati..kaya nya mak oii....semua dapat bonus..felda..wang dana khas raya..bonus orang makan gaji lagi..zakat ..semua laris dijual..betapa sukanya belanja sakan tanpa fikir duit macam air dah habis...
Kueh mueh yang dijual bersusun-susun..bermacam-macam ada..harga dijual 4 jenis bagi harga rm 10..bukan main murah lagi..kopiah dan songkok..butang baju raya semua ada..anak-anak kecil..tua..muda semua baru...diharap raya ni memang bagi coundown betul-betul tapi yang ni lagi best...yang ni untuk kanak-kanak...bunga api pun ada..mercun pun ada jugak...yang salah pun jual jugak tapi curi-curi jual...maklumlah nak cari duit raya...macam-macam karenah manusia ni....

Thursday, September 17, 2009

Hangat...menyeramkan....

Baru-baru ni aku ada terbaca kisah seorang rakyat malaysia yang dijatuhi hukuman sebat 6 rotan atas alasan minum arak di Legend Crating Kuantan dan hukuman ini ditangguhkan selepas hari raya selepas mendapat bantahan dari PM dan juga arahan dari peguam negara.Maka ramailah cerdik pandai yang membantah penangguhan tersebut dan ada juga yang mahu hukuman itu dibatalkan atas alasan melanggar hak asasi manusia.Bagi aku hukuman itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa yang diputuskan oleh hakim dan pendakwa adalah keputusan yang tepat.Bagi Kartika beliau tidak mahu membuat rayuan atas kesalahan ini dan tindakan berani beliau mahu hukuman dijalankan segera membuktikan beliau sedar akibat perbuatannya.Maka hukuman dijalankan selepas hari raya nanti bagi menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.Inilah apa yang berlaku di negeri Pahang DarulMakmur yang dikuasai oleh Umno Bn yang menolak hukuman tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Terbaru 2 pasangan ditangkap dalam kereta oleh pejabat agama selangor kerana melakukan sumbang mahram dan ditangkap kemudian didenda 5 ribu setiap orang dan sebat jika sabit kesalahan.Katanya pasangan ini akan bertunang selepas raya dan melihat pada apa yang berlaku hari ini bahawa mahkamah Syariah mesti diberi kekuatan untuk menjalankan urusan tanpa ada campurtangan mana-mana pihak.Pasangan ini telah dibenarkan jamin dan andaikata mereka bersalah maka hukuman sebat akan dijalankan juga kecuali mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.Senangnya manusia hari ini dengan mengambil jalan mudah sedangkan hari ini banyak kes tangkapan hanya dibenarkan jamin tapi tiada hukuman sebat dan penghujungnya digalakkan berkahwin.
Kadang-kadang bagus jugak....biar manusia sedar dan rasa takut pada Allah dan buatlah dengan yang terbaik dan bukan ikut nafsu semata-mata.Apa pun selepas ni tiada lah pasangan yang berani melakukan perkara yang terkutuk ini....inilah apa yang berlaku dalam kes buang anak,anak luar nikah....takutnya generasi akan hancur nanti....

Wednesday, September 2, 2009

Malam sambut merdeka.

Malam nak sambut merdeka aku sengaja nak keluar awal supaya aku dapat tengok macam mana gelagat-gelagat orang muda,tua,kanak-kanak dan juga mat-mat rempit yang dah standby nak jadi samseng jalanraya malam merdeka nanti.Aku keluar jam 10 malam bersama mber-mber yang memang dah rancang dari awal lagi.Aku lepak di sebuah kedai makan dipersimpangan traffik light yang memang jadi kegemaran mat rempit berlumba dan juga jalan utama yang sering digunakan untuk tujuan tersebut ketika hari minggu.Aku perhatikan ramai manusia yang menyusur ke padang astaka untuk tujuan menyambut malam yang penuh gemilang,terbilang dan temberang ini.
Penuh dengan moto-moto mat rempit di sepanjang jalan dan juga moto-moto yang mahu menuju ke tempat menyambut malam merdeka.Hairan dan pelik dari mana mereka-mereka ni semua datang,agaknya baru keluar dari tempurung kelapa ke.Mat rempit junior pun ikut sekali.Bendera berkibar di setiap motosikal.Makcik dan pakcik pun sama naik dengan kibaran bendera diatas van,agaknya nak sambut merdeka malam ini.Bunyi bising macam nak gila dengan ekzos seperti lubang buluh yang pecah memekakkan semua pelanggan dikedai tempat aku lepak.Sedih aku tengok,semuanya sebangsa dengan aku,nak cari bangsa lain jadi mat rempit pun susah,umur masih muda lagi,seronok tidak bertempat,menghabiskan duit mak bapak pula.Sayang sebab semuanya merupakan aset negara yang penting dan juga generasi akan datang tapi dah jadi macam ni nak kata apa lagi.
Suasana bising dengan banyak kenderaan yang lalu lalang disitu merisaukan aku sebab takut terjadi perkara yang tidak diingini akan berlaku tapi jika berlaku pun yang pasti aku membiarkan saja dengan luka tapi malam tu tiada apa yang terjadi.Kadang2geram juga dengan sikap mat rempit ni maklumlah action bukan main lagi dengan adegan billiy nya yang tidak membimbangkan mereka jika motor itu terbabas atau jatuh,diorang betul2 tak sayangkan nyawa,ingat nyawa boleh dibeli ke.Itulah masa depan mat rempit malaysia.Malaysia boleh,semua boleh,ade awek pulak yang duduk di belakang,ingat-ingat macam budak sekolah menengah lagi,sayangnya budak hari ini,mak bapak diorang tak ambil tahu ke,inilah anak2kurang kasih sayang dari keluarga agaknya,dah jadi liar tak tentu pasal,diorang tak ingat ke kalu mati atau nak mati muda.
Inilah pengisian malam merdeka yang digunakan oleh golongan mat rempit malam tu tanpa ada segan silu timbul lagi masalah sosial dengan berkepit-kepit kesana kemari seolah-olah dunia ini dia yang punya,apa nak jadi dengan orang melayu,bangsa melayu yang semakin teruk jika dibandingkan dengan bangsa lain.Malu rasanya dengan sikap mereka semua yang tiada sopan dan memalukan.