Wednesday, September 2, 2009

Malam sambut merdeka.

Malam nak sambut merdeka aku sengaja nak keluar awal supaya aku dapat tengok macam mana gelagat-gelagat orang muda,tua,kanak-kanak dan juga mat-mat rempit yang dah standby nak jadi samseng jalanraya malam merdeka nanti.Aku keluar jam 10 malam bersama mber-mber yang memang dah rancang dari awal lagi.Aku lepak di sebuah kedai makan dipersimpangan traffik light yang memang jadi kegemaran mat rempit berlumba dan juga jalan utama yang sering digunakan untuk tujuan tersebut ketika hari minggu.Aku perhatikan ramai manusia yang menyusur ke padang astaka untuk tujuan menyambut malam yang penuh gemilang,terbilang dan temberang ini.
Penuh dengan moto-moto mat rempit di sepanjang jalan dan juga moto-moto yang mahu menuju ke tempat menyambut malam merdeka.Hairan dan pelik dari mana mereka-mereka ni semua datang,agaknya baru keluar dari tempurung kelapa ke.Mat rempit junior pun ikut sekali.Bendera berkibar di setiap motosikal.Makcik dan pakcik pun sama naik dengan kibaran bendera diatas van,agaknya nak sambut merdeka malam ini.Bunyi bising macam nak gila dengan ekzos seperti lubang buluh yang pecah memekakkan semua pelanggan dikedai tempat aku lepak.Sedih aku tengok,semuanya sebangsa dengan aku,nak cari bangsa lain jadi mat rempit pun susah,umur masih muda lagi,seronok tidak bertempat,menghabiskan duit mak bapak pula.Sayang sebab semuanya merupakan aset negara yang penting dan juga generasi akan datang tapi dah jadi macam ni nak kata apa lagi.
Suasana bising dengan banyak kenderaan yang lalu lalang disitu merisaukan aku sebab takut terjadi perkara yang tidak diingini akan berlaku tapi jika berlaku pun yang pasti aku membiarkan saja dengan luka tapi malam tu tiada apa yang terjadi.Kadang2geram juga dengan sikap mat rempit ni maklumlah action bukan main lagi dengan adegan billiy nya yang tidak membimbangkan mereka jika motor itu terbabas atau jatuh,diorang betul2 tak sayangkan nyawa,ingat nyawa boleh dibeli ke.Itulah masa depan mat rempit malaysia.Malaysia boleh,semua boleh,ade awek pulak yang duduk di belakang,ingat-ingat macam budak sekolah menengah lagi,sayangnya budak hari ini,mak bapak diorang tak ambil tahu ke,inilah anak2kurang kasih sayang dari keluarga agaknya,dah jadi liar tak tentu pasal,diorang tak ingat ke kalu mati atau nak mati muda.
Inilah pengisian malam merdeka yang digunakan oleh golongan mat rempit malam tu tanpa ada segan silu timbul lagi masalah sosial dengan berkepit-kepit kesana kemari seolah-olah dunia ini dia yang punya,apa nak jadi dengan orang melayu,bangsa melayu yang semakin teruk jika dibandingkan dengan bangsa lain.Malu rasanya dengan sikap mereka semua yang tiada sopan dan memalukan.

No comments:

Post a Comment