Sunday, March 8, 2009

sahabat ku.

Tengahari aku bertolak ke sogo.jam menunjukkan pukul 12.58 tengahari hari sabtu.Pagi sabtu dah sampai ke kuala lumpur.Ingatkan nak maklumkan pada sahabat ku si Ain tu tapi ble-ble fikir nanti kacau dia pulak.Sebelum ni pun aku dah sms tapi Ain tu memang budak pemalu dan pendiam cikit........kadang-kadang aku ni kesian jugak pasal apa Ain ni ada masalah dengan kakak dia tapi lama-lama barulah aku faham......agaknya macam tu lah bila duduk sebumbung dengan kakak yang kerje pun di tempat yang sama.
Tapi bagi aku tak nak menyebelahi mana2 pihak nanti aku harap mereka akan berbaik semula dan tiada masam muka lagi.Memang aku dah agak Ain ni memang budak tidak suka cakap banyak tapi soal kerja memang Ain utamakan dulu.Duduk kuala lumpur macam tu la,ble dah balik dari kerja,Ain ni terus je kebilik dengan laptopnya.Ain tulis pe je yang berlaku dan seorang penulis novel kena kerja kuat sikit kan....
Bila aku berada di kuala lumpur,tak sempat nak belanja goreng pisang kat Ain.....lagipun saudara dia datang rumah,jadi taknak ganggu,maklumlah hari tu cuti panjang....maulidur Rasul.
Apa pun terimakasih pada Ain sebab susah payah nak tolong aku buat blog ni.....suka tolong maaa......cuma aku risau apa ending akan terjadi antara Ain dan kakaknya tapi janganlah sampai nak bawa diri pulak.
Apa pun aku nak mintak Ain tolong ajarkan aku bagaimana nak masukkan gambar dari pendraf aku ke dalam blog ini..dah tak ingat.....lupeee....

2 comments:

  1. A.din dah masukkan gambar....
    Ct smpan je wak kenangan ye..

    ReplyDelete