Tuesday, March 24, 2009

Kesunyian malam.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Terasa perut aku lapar.Aku pun mencapai kunci motosikal dan terus memecut laju menuju ke kedai member aku bersebelahan stesen minyak caltex.Dari rumah lagi aku dah berniat nak makan mee rebus yang menjadi kesukaan sejak dulu lagi...bukan kerana tidak makan nasi tapi kadang2 aku kurangkan makan makanan tu jadi sampai di kedai aku terus buat order....maka sampailah mee rebus special dengan secawan tea o....makan bukan main kepalang lagi dengan pedas dan air yang panas....habis tubuh ku berpeluh....
Lepas makan aku tak tahu kemana selepas ini....jadi aku terus memecut ke sekitar bandar dan dengan perlahan-lahan aku menyusul di kawasan benteng(tepian sungai)...alamakk...ramainya orang sedang memancing....ketika itu air sedang menyusul pasang...dengan kelibat-kelibat manusia...ada yang bawa anak2,ada yang sedang cauple,ada yang melihat gelagat pemancing2 dan terpandang aku kelibat 2 orang tua yang sudah berumur(60an)sedang melabuhkan pancingnya.Aku menghampiri orang tua itu dan alangkah terkejutnya apa yang aku nampak rupanya sepasang suami isteri...
Apa lagi...aku sembang2 dan dalam hati kecil aku...inilah hebatnya cinta kasih sayang orang tua-tua zaman dahulu...setia sampai ke hujung hayat.Bagi aku orang tua ini hanya menghabiskan zaman tuanya untuk isterinya...mungkin juga anak2 mereka duduk berjauhan....agaknya dekat rumah rasa kesunyian jadi mereka ini mencari hiburan dengan membawa isterinya memancing.
Dalam bercerita dengan orang tua ini maka keluarlah cerita dari mereka bagaimana bezanya suasana hari ini dalam soal hidup suami isteri dahulu dengan zaman sekarang...aku diam dan mendengar saja celoteh mereka.Bagi aku betul kata mereka bahawa dulu dan sekarang dah banyak berubah tapi tidak semua apa yang berlaku itu tapi hanya segelintir sahaja.Dalam celoteh tu umpan yang dipancing belum mengena lagi...agak nya bila ikan ni nak makan....dalam hati....ikan mana nampak umpan malam2 ke...
Bercerita dan bersambung dari celoteh orang tua tadi mereka berpesan pada orang2 muda termasuk saya bagaimana kita nak menjadi seperti pakcik dan makcik dalam soal hidup suami isteri.Katanya..dalam soal perkahwinan,makna perkahwinan tu yang sangat penting tapi orang zaman sekarang tidak pernah ambil tahu tapi tak semua bergitu jadi orang zaman sekarang banyak mengambil jalan mudah saja soal nikah kahwin ni.Sebab itu dalam akhbar,tv dan majalah banyak sangat kedengaran hal2 macam ni....aku diam saja ...aku tak berani nak komen sebab mereka dah lama hidup dalam asam garam kahwin ni.
Banyaklah cerita2 yang timbul jika soal kahwin ini macam suka2 je sedangkan zuriat yang lahir dah jadi lintang pukang...tengok apa yang berlaku di sana sini....mana nak letak nilai orang melayu kita sampai buang anak,bunuh anak dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa dan tidak takut pada hukum2 Allah....aku syok juga dengar....diam jugak...
Dalam sembang2 tu tiba2 pancing pakcik macam sudah kena....apa lagi makcik tu pun macam suka je...ditarik pancing pakcik tu bukan main kuat lagi...dalam hati...agak2 ikan besar kot..aku jadi tambah syok pulak bila lihat pancing tu dah mengena...Alamakkk bila dah berjaya pancing nak naik kedaratan...aku lihat sekor ikan sembilang yang beratnya ada lebih kurang 2 kilo melekat pada pancing pakcik tu...seronok bukan main lagi mereka...apenya dalam sembang2 pasal kahwin,dah kena ikan sembilang....nampaknya razeki malam ni tak sia-sia la.Jam dah pukul 12.35 malam....pakcik dan makcik pun berkemas nak bawak ikan sembilang balik rumah...tanya aku pada mereka...ikan ni masak ape?jawab mereka ikan ni jika masak kari lagi baik.....aku pun angkat kaki bersama mereka berdua dan ucapkan salam sebelum aku balik rumah....

No comments:

Post a Comment