Thursday, March 26, 2009

SYAITAN DAN HIDUNG.

Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda,apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur,maka hendaklah dia memasukkan air kedalam hidungnya dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan telah tidur dalam rongga hidungnya ketika kita tidur.
Kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa pun tetapi sekadar peringatan kepada saudara-saudara ku agar mengambil tahu tentang betapa pentingnya hidung kita ini yang telah di kurniakan oleh ilahi.
Seperti juga bunga yang akan berkembang jika disirami air maka hidung kita jika disirami dengan air ia akan berkembang megah bila di puji...ye ke dok..Bila kita menanggis kekadang hidung kita pun tumpang menanggis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah orang yang jatuh cinta pun terpesona kerana dik hidung.
Tahukan anda bahawa hidung kita adalah salah satu anggota yang amat tersangat-sangat di sukai oleh syaitan dan masa yang sesuai untuk di kunjungi syaitan adalah semasa kita tidur.Ketika itu syaitan-syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak di ketahui kenapa syaitan ini suka sangat duduk dalam lubang hidung tapi sebenarnya ia boleh mengganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkan lubang hidung kita sebaik sahaja bangun dari tidur adalah salah satu amalan yang di lakukan oleh Rasullullah selain kita bersugi.Cuba bayangkan apabila syaitan membuat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin(macam-macam ada)Oleh itu membersihkan lubang hidung sebaik saja bangun dari tdo memang digalakkan.Cara nak membersihkan lubang hidung hendaklah berselawat dan gunakan jari yang kecil dan bersihkan perlahan-lahan dan jangan menggunakkan jari yang besar atau sebarang objek takut hidung kita tercedera atau bulu hidung akan tertanggal dan boleh jadi jugak lubang hidung akan menjadi lebih luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun boleh jugak tapi janganlah banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu,boleh lemas nanti susah.
Setakat ini tiada seoarng pun yang sanggup membuat CPR melalui lubang hidung.Bukan apa kalau teringat sama-sama kita mengamalkannya sebab melalui hidung kita lah dapat menyedut udara pemberian Allah ini dan dapat menghidu bau syurga.(bergantung pada amalan masing-masing).Akhir kata....`walaupun diri mu tidak ku kenali..tapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hati ku"

Sekian entry sembang2 tengah malam.

No comments:

Post a Comment