Thursday, April 2, 2009

DARI MANA HARTA KEKAYAAN KITA DATANG.

Harta Kekayaan datang dari tenaga manusia.Harta karun sekalipun ianya terkumpul dari hasil tenaga manusia.Kena loteri pun duitnya berpunca dari tenaga manusia yang telah di tipu.Justeru semua harta kekayaan dalam dunia ini adalah hasil dari tenaga manusia.Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan.Tiada harta yang terpijak.Tulang empat kerat dan otak fikrah manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini.Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia.Semua kerosakan alam ini juga adalah hasil kerja tangan manusia.
Apabila manusia bekerja,dia melaburkan tiga perkara asas :tenaga,masa dan fikrah.Tiga perkara inilah yang menjadi asas ekonomi.Dari zaman batu ke zaman gangsa,kezaman wap.ke zaman eletrik,ke zaman nuklear hingga ke zaman internet hari ini..yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.Semua harta kekayaan,dalam apa saja bentuk yang dimiliki oleh sesiapa pun dalam dunia ini tidak dapat tidak berpunca dari tiga asas ini.
Pak tani kesawah,dia membanting tulang,menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras.Dia menggunakan akal dan fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai,mengubah,merumput dan menuai padi.Para peneroka bertukus lumus menanam kelapa sawit,membaja pokok,memotong buah dan mengumpul buah.Para peneroka juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja,menarah pokok dan memilih buah.
Taukeh atau tok peraih yang membeli padi dari petani akan membelinya dengan harga yang murah.Ertinya Tok Peraih membeli dengan harganya yang tidak setimpal dengan nilai masa,tenaga dan fikiran petani.Tok Peraih akan menjual padi ini sekali lagi dengan harga yang tinggi..ini dipanggil untung.Untung ini sebenarnya ialah nilai lebihan hasil dari tenaga,masa dan buah fikiran petani yang menanam padi.Padi yang menjadi beras ini akan bertukar tangan sehingga sampai kepada pengguna.Dalam perjalanan dari sawah ke kedai makan..orang-orang tengah ini akan menokok tambah nilai tenaga asal titik peluh petani,Si Pengilang,Si Pembungkus,Si Pengangkut,Si Pengiklan dan Si Peruncit..semua ini adalah orang tengah yang hidup kaya raya diatas titik peluh para petani.
Orang2 tengah ini berlegar2 memusing2 perniagaan untuk mendapat keuntungan yang maksima.Justeru pengilang beras menjadi kaya raya,Pengedar beras menjadi kaya.Jangan terperanjat jika satu hari nanti ada diantara peniaga beras di Bursa Saham Wall Street New York atau City Of London yang mana mereka2 ini semua tidak pernah melihat sawah dan padi tetapi mereka menjadi kaya raya berniaga padi dan beras.Yang terus miskin ialah petani.Inilah satu contoh dalam sistem ekonomi kapitalis di mana harta kekayaan boleh di buat dengan menggunakan tenaga,masa dan fikiran orang lain.
Petani telah di pisahkan dari orang yang ingin membeli beras.Ruang pisah ini telah dimasuki oleh orang tengah atau Lintah Darat yang kerjanya hanya mengaut keuntungan.Kita juga selalu melihat,membaca atau mendengar ada sang Kontraktor atau sang pemaju yang menjadi kaya raya.Ini bukan bermakna mereka ini hebat,bijak atau dia berjemur dalam panas terik membanting tulang sebaliknya apa yang dilakukan oleh sang pemaju ini hanyalah mencari tenaga kerja buruh termurah.Sebab itu di Malaysia kita mengimpot tenaga buruh dari luar negara untuk membayar upah tenaga kerja dengan murah.
Gaji....ialah pertukaran masa,tenaga dan fikrah si buruh yang membuat kerja.Jumlah duit yang dibayar untuk pertukaran ini akan di nilai oleh si pemaju.Si Pemaju sama seperti Tok Peraih akan menilai masa,tenaga dan fikrah buruh ini dengan nilai yang terendah.Gaji yang murah akan menjanjjikan keuntungan yang hebat untuk si pemaju,jadi si pemaju tidak akan mengambil buruh dari New Zealand atau Sweden sebaliknya buruh dari Indonesia,Burma dan Nepal.Jadi telah terbukti bahawa Si Kontraktor dan Si Pemaju yang menjadi kaya raya bukan kerana mereka hebat tapi mereka mengumpul titik peluh dan tenaga beratus2 kaum buruh yang kemudiannya di jadikan keuntungan dan modal.Lagi ramai tenaga buruh yang digunakan maka lagi besar modal yang dapat dikumpulkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment