Sunday, April 5, 2009



entry ni sekadar suke-suke je ....tidak melibatkan nama yang masih hidup
atau pun yang mati....nak kata lawak x jugak tapi kalu baca kadang-kadang
nak suke jugak....lawak ni pun tiada bersabit dengan sape pun....cuma
nak ringan-ringan kan otak yang bersimpul-simpul aje....kalu nak baca
pun xpe...x kne bayar tapi kalu x baca pun..kne baca jugak.....

KURANG COCOK

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah
di sebuah agensi pekerjaan.Dia menemui tiga wanita
indonesia yang sedia untuk d temuduga.Kebanyakan
soalan berkaitan yang d tanya ialah nama,umur..
status diri dan pengalaman kerja...

Calon pertama:

Apa nama?
...Erni..
Umur berapa?
..22 tahun..
Berkahwin ke belum?
..Ahh..tuan..masih bujang..
Kenapa tak kahwin?
..Belum ada yang COCOK..

Calon kedua:

Apa nama?
..Esah..
Umur berapa?
..24 tahun tuan..
Berkahwin atau belum?
..Sudah tuan..sudah ada yang COCOK

Calon ketiga:

Apa nama?
..Piah..
Umur berapa?
..23 tahun..tuan..
Berkahwin ke belum?
..Ahh..tuan..sudah bercerai..
Aiii..muda-muda dah bercerai?
..Kurang COCOK tuan..



SAYANG ISTERI.

Pak Mat seorang penduduk sebuah pondok di selatan
Thailand.Pada pertengahan mei lalu isterinya Maznah
telah meninggal dunia kerana di serang sakit jantung.
Pak Mat telah berusia lebih 40an..tetapi jiran-jirannya
berasa agak pelik kerana beliau asyik ke kubur isterinya
tiga kali sehari.
Setiap pagi..tengahari dan petang..Pak Mat menyiram
kubur isterinya sejak dua minggu lalu secara berterusan..
Ada sesetengah jiran beranggapan Pak Mat begitu cintakan
isterinya.
Seorang saudara terdekat bertanya:"awak ni bagus betuk pak mat..
terlalu cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian..
tiada sesiapa pun yang berbuat demikian di kampung kita.
Pak Mat menjawab:..Sebenarnya sebelum Maznah hendak
menghembuskan nafas yang terakhir dulu dia ada
berpesan kepada saya..kalau hendak kahwin pun
tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu..
Sebab itu lah saya terpaksa siram kuburnya banyak-banyak
supaya rumput cepat tumbuh!!"

No comments:

Post a Comment