Friday, April 3, 2009


salam buat semua.

Entry ini hanya sekadar buat renungan je dan tak lebih dari tu....bukan ape dalam dok sibuk-sibuk kemas tadi terjumpa lah nota masa duk buat program PIBG dulu yang melibatkan persembahan pelajar darjah 4...5..dan 6.Bukan ape bagus juga bagi pelajar yang di beri galakan asas berkenaan sejarah Nabi kita dan perjuangan menyiarkan islam.Program ini adalah sempena menyambut Maulidur Rasul baru-baru ini yang diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG.

Malam Isnin
Subuh yang indah
12 Rabiulawal yang cerah
Hari yang mulia
Penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirlah putra yang utama

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota mekah
Hari yang mulia
Penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Muhammad nama di beri
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama di syukuri
Terima putra yang berbakti


Alangkah gembira ibudanya...Siti Aminah
Muhammad bermaksud terpuji..
Mendapat asuhan dan didikan yang sempurna..
Di besarkan dengan penuh kemuliaan dan kasih sayang..

Ketika berusia 6 tahun..kasihan muhammad kerana ibunya
meninggalkan baginda buat selamanya..
Tinggalah Nabi bersama datuknya Abdul Mutalib..
Insan yang terpilih untuk menjaga baginda...namun..
2 tahun kemudian..datuk kesayangan baginda pula
pergi menemui Ilahi..tinggalah Nabi bersama bapa saudaranya..
Abu Talib..

Dari kecil..Muhammad cukup pintar..bijak dan berfikir tentang
kejadian alam.
Siapakah penciptaku..
Sambil merenung bukit..bulan..padang pasir..bukit dan bintang2 di langit
Siapakah pencipta alam ini..
Siapakah pencipta matahari..
Siapakah pencipta bulan..
Siapakah pencipta langit..
Siapakah pencipta bintang..

Sambil merenung..Muhammad berfikir dan terus berfikir..

Pada satu ketika..Nabi Muhammad mengikut bapa saudaranya
berniaga ke Syam..Awan mengikuti Muhammad..mengikut sahaja
setiap langkah baginda..kejadian ini telah di perhatikan
oleh seorang pendita.Pendita itu memberitahu bahawa
Muhammad akan menjadi nabi yang termasyhur di dunia
ini hungga akhir zaman sepertimana yang telah dikatakan
di dalam kitab injil dan Taurat.

Sewaktu berkhalwat di Gua Hira'..Nabi telah di datangi
dengan suara..menyuruhnya mengikuti apa yang di
lafazkan..
Di suatu malam..Di Gua Hira'..baginda mengigil-gigil
dan dalam keadaan ketakutan..

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad(SAW)
Bacalah..bacalah dengan nama TuhanMu..
Baginda adalah insan yang terpilih..
Dipilih untuk menjadi Nabi dan Rasul..
Memimpin umat manusia..
Dipilih sebagai penghulu segala Nabi..

Ya Rasulullah....Salamun Alaik
Ya Habiballah....Salamun Alaik
Ya Karimallah....Salamun Alaik
Ya SyafieAllah....salamun Alaik
Ya Rasullullah
Ya Habiballah
Salamun alaik..

Marhaban Ya...Marhaban Ya
Marhaban Ya..Marhaban Ya..
Marhaban Ya...Marhaban Jaddal Husaini..
Nurul Aini..

Di caci..dimaki..
Namun baginda tetap cekal dan tabah..
Disokong oleh isteri yang tercinta..Siti Khadijah..
Ditemani oleh bapa saudaranya yang
disayangi..Abu Talib..
Dimuliakan oleh sahabatnya yang setia disisinya..

1.Saidina Abu Bakar As-Siddiq
2.Saidina ali bin Abi Talib
3.Saidina hamzah
4.Saidina Uthman bin Affan dan lain2 lagi..

Berjuang dan terus berjihad..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya
Kebenaran....

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela..

Begitulah kawan-kawanku
Begitulah indahnya sirah Nabi..
Kisah dan Teladan..
Tidak terhenti pada waktu ini..
Pelbagai pengajaran..peristiwa
Pilu dikongsi bersama..

Ayuhlah..
Kawan-kawanku
Bukalah mata..
Bukalah minda..
Bukalah hatimu..
Bersama-sama kita bersalawat
keatas Rasul junjungan kita
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Rakan-rakan ku sekelian..tarikh 12 Rabiulawal adalah tarikh
kelahiran junjungan Nabi Besar kita Nabi Muhammad s.a.w..
namun kita sering lupa bahwa tarikh itu juga adalah
tarikh kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..meninggalkan
umat Islam buat selama-lamanya...



Ya Rasullullah..Kami Merinduimu...Ya Rasullullah....

No comments:

Post a Comment